Recents in Beach

APA ITU KOMPUTER? Bagaimana Komputer Beroperasi...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah... Sekarang saya ingin sambung semula apa yang telah saya tulis semalam "KONSEP ASAS KOMPUTER"... Kali ini saya akan membicarakan tentang "Apa itu Komputer"? Ramai yang pasti dapat gambarkan bila sebut komputer... Ada monitor, CPU, mouse, keyboard dan sebagainya... Okla... Kita tengok lebih mendalam...

Komputer - suatu mesin elektronik yang telah diprogramkan bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dua (2) sifat komputer yang utama ialah :
  • akan bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah ditentukan
  • mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara sistematik
Secara umumnya, fungsi utama komputer ialah mengubah data kepada maklumat. Data adalah sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat adalah data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna.


BAGAIMANA KOMPUTER BEROPERASI?
Pada dasarnya komputer beroperasi berdasarkan empat (4) operasi asas iaitu:


  • Masukan (Input)
       Peranti yang digunakan untuk memasukkan data serta memberi arahan-
       arahan kepada komputer. Contohnya tetikus (mouse), papan kekunci         
       (keyboard) dan sebagainya.


  • Pemprosesan (Processing)
       Unit Pemprosesan Pusat (CPU-Central Processing Unit) berperanan untuk 
       memproses arahan, melaksanakan pengiraan dan menguruskan laluan 
       informasi menerusi sistem komputer. Ia juga akan berkomunikasi dengan 
       peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan 
       berkaitan yang diperlukan.



  • Keluaran (Output)

       Peranti output yang memaparkan maklumat terutamanya pada skrin, 
       salinan bercetak ataupun bunyi. Contohnya skrin paparan (monitor), 
       pencetak (printer), pembesar suara (speaker) dan sebagainya.



  • Storan (Storage)


       Peranti yang berperanan untuk menyimpan data atau maklumat.      
       Maklumat yang disimpan dalam peranti ini digunakan untuk melaksanakan 
       arahan-arahan lain yang berkaitan. Sebagai contoh cakera keras (hard 
       disk), cakera liut (floppy disk) dan sebaginya.


Secara ringkasnya, proses ini dapat diproses dalam bentuk berikut:-
-> Data/arahan dimasukkan nelalui peranti masukan (input)
-> Data/arahan yang dimasukkan diproses oleh peranti pemproses
-> Data/arahan yang telah diproses dikeluarkan menggunakan peranti 
     keluaran (output)
-> Maklumat kemudiannya disimpan di dalam storan sekunder contohnya 
     cakera keras dan sebagainya




Ok.. Ini adalah serba ringkas pengenalan tantang komputer... Semoga bermanfaat... 

Post a Comment

0 Comments