ELEMEN DI DALAM SISTEM KOMPUTER
Terdapat enam (6) elemen utama dalam sistem komputer iaitu:-
- Perkakasan (Hardware)
Bahagian yang dapat disentuh atau dilihat. Sebagai contoh papan kekunci (keyboard), skrin paparan (monitor) dan sebagainya.
- Perisian (Software)
Set arahan yang membantu perkakasan untuk beroperasi. Sebagai contoh Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya.
- Data
Bahan atau sumber mentah yang akan diproses menjadi maklumat yang
berguna.
- Manusia
Orang yang menggunakan komputer.
- Prosidur
Langkah-langkah yang harus diikuti bagi melengkapkan kitaran tugas
komputer.
- Komunikasi
Sistem komputer yang disediakan bagi membolehkan ianya berkongsi data
dan maklumat dengan sistem komputer yang lain secara elektronik.
InsyaAllah... Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca...
0 Comments